15.2.11

APM DAN BAHASA : MARI BOGELKAN SONGKET KEBAYA!

Sehari ini begitu perit untuk dilalui.


Masa seolah-olah mengejar rakus bayang-bayang manusia.


Perjumpaan yang diatur bersama dengan Naib Canselor Universiti Malaya (NC) hari ini menimbulkan beberapa isu yang cukup hangat.


Dari hal penggunaan Bahasa Inggeris yang dominan sepanjang acara tersebut berlangsung sehinggalah insiden salah seorang daripada mahasiswa yang dihina kerana kurang fasih berbahasa Inggeris.
Khabarnya mahasiswa itu berasal daripada negeri Pantai Timur.


Kemuncak penghinaan tersebut ialah sewaktu beliau menjelaskan kedudukan bekas pelajar dari Akademi Pengajian Melayu (APM) yang kurang mendapat peluang kerja di pasaran tempatan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian ekoran penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bidang Pergigian dijadikan sebagai perbandingan selain pelajar daripada Fakulti Sastera dan Bahasa. Natijahnya, beliau begitu malu dengan situasi ini.


Hal ini pastinya bertitik-tolak daripada interpretasi beliau terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


Padahal, realiti keadaan adalah sebaliknya.


Menurut sumber, beliau sudahpun mengemukakan usul untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di APM, akan tetapi mendapat tentangan yang hebat daripada para pensyarah yang berautoriti.


Ingatkah lagi dengan tragedi Keranda 152 yang diusung?






Atau kita mahu sejarah kembali terlakar untuk menentang Melayu yang seorang ini?


Rabu ini, kita sama-sama jadi saksi.
Maruah kita yang perlu dipelihara.




14 Februari, 2011.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan