24.4.11

PAPARAN SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT DALAM LIRIK LAGU DIALEK MELAYU KUCHING (SARAWAK) DI LAMAN SESAWANG : YOU TUBE

1.0           Pendahuluan         

          Menurut Asmah Haji Omar (2008), kepelbagaian dialek dalam masyarakat terhasil disebabkan oleh faktor-faktor demografi, sosio-budaya dan juga sejarah. Salah satu daripada tanggapan asas yang dikemukakan oleh beliau ialah kepesatan perubahan bahasa yang berlaku pada kawasan budaya atau pusat budaya. Dalam konteks negeri Sarawak, Kuching merupakan kawasan pusat budaya yang menjadikan dialek Melayu Sarawak sebagai wadah penyatuan.
          Dialek Melayu Kuching khususnya merupakan antara puluhan subdialek yang terdapat di negeri  Sarawak yang pastinya berbeza dengan dialek Melayu Sabah, Kelantan, Johor, Terengganu, Pahang, Kedah dan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
           Menurut Mazhi Johari (1988),

          “Dialek Melayu Kuching adalah salah satu daripada dialek Melayu   yang           terdapat di negeri Sarawak yang menunjukkan perhubungan           kekeluargaan yang dekat dengan bahasa Melayu seluruhnya kerana           terdapat banyak ciri persamaan di antara kedua-duanya.”    

          Namun begitu, keistimewaan pada dialek Melayu Kuching  ini ialah sifatnya yang mudah difahami oleh seluruh masyarakat Sarawak. Oleh itu, komunikasi antara penduduk yang berbilang-bilang kaum dapat berlaku dan memudahkan berlakunya interaksi sosial. Tidak kiralah kaum Iban, Bidayuh, Kenyah, Kadayan, Kelabit, Melayu (Melanau) Kayan dan etnik-etnik lain yang mewarisi dialek komunikasi masing-masing.
          Secara umumnya, penutur bagi dialek Melayu Kuching ini tertumpu kepada penduduk sekitar Petra Jaya, Batu Kawa, Santubong, Bako, Buntal, Muara Tebas dan Matang. Namun, kawasan di sekitar bandar Kuching dan pinggir bandar (Samarahan) kini merupakan antara penutur dialek ini secara langsung. Hal ini disebabkan pertambahan kawasan perumahan dan pemilikannya yang meluaskan penggunaan dialek ini.
          Namun begitu, mutakhir ini memperlihatkan satu perkembangan kreativiti seni muzik dalam kalangan generasi muda Kuching (Sarawak) yang memanifestasikan dialek Melayu Kuching sebagai wadah baharu. Kajian ini merupakan permulaan awal yang menarik dalam memaparkan sosio-budaya masyarakat Melayu Sarawak menerusi seni lagu kreatif tempatan dan diharapkan akan merintis kepada  kajian lanjutan pada masa yang akan datang.

2.0           Persoalan dan Permasalahan Kajian
          Industri muzik tempatan memperlihatkan satu fenomena baru yang menyaksikan penglibatan pemuzik underground dan ‘indie’ yang menggunakan internet sebagai wadah untuk mereka berkarya dan menghasilkan lagu.
          Menariknya, hal ini turut mempengaruhi generasi muda dari Bumi Kenyalang yang mempopularkan lagu-lagu irama pop dan rap tetapi dalam versi yang berbeza iaitu dialek Melayu Kuching (Sarawak). 
          Justeru, kajian ini akan terarah kepada penemuan dan perkembangan dialek Melayu Kuching dalam lagu-lagu pop yang telah dihasilkan di media baru iaitu laman sesawang You Tube sebagai satu paparan sosio-budaya masyarakat.
          Persoalannya, sejauh manakah penerimaan masyarakat Malaysia khususnya terhadap perkembangan sebegini, tema dan mesej yang terangkum dalam lagu-lagu yang dihasilkan.


3.0           Objektif Kajian
          Melalui permasahan yang telah dihuraikan di atas, jelasnya, kajian ini mensasarkan beberapa matlamat utama iaitu:
(i)              Mengkaji lagu-lagu versi dialek Melayu Kuching (Sarawak) yang telah dihasilkan di Internet sebagai paparan sosio-budaya masyarakat.
(ii)             Mengkaji nilai dan mesej yang disampaikan melalui lagu yang telah dipilih.

4.0           Skop Kajian
          Secara khusus, kajian ini akan mengupas secara tuntas lagu-lagu yang telah dimuat naik di internet oleh pemuzik underground dan indie. Selain itu, skop kajian juga tertumpu kepada lirik lagu dalam dialek Melayu Kuching  yang telah ditulis termasuklah nilai estetika, mesej dan seterusnya penelitian akan dilakukan untuk melihat fenomena ini sebagai medium oleh generasi baharu untuk merakam dan memaparkan sosio-budaya masyarakat Melayu di Sarawak khasnya.
         
5.0           Kajian Pustaka (literature review)
          Dalam proses melakukan kajian yang menyeluruh dan berkesan, kajian pustaka atau literature review merupakan proses penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Literature review merupakan proses penelitian terhadap kajian-kajian lepas secara mendalam dalam skop atau bidang yang ingin dikaji. Proses ini juga amat membantu pengkaji untuk memilih tajuk kajian serta menguasai fokus bidang yang ingin dikaji.
          Sepanjang proses kajian pustaka ini dibuat, pengkaji telah menemui beberapa hasil kajian terdahulu yang berkaitan dengan dialek Melayu Kuching (Sarawak).
          Antaranya ialah buku Fonologi Dialek Melayu Kuching (Sarawak) hasil latihan ilmiah Mazhi Johari pada tahun 1972 dan telah diterbitkan pada tahun 1988. Buku ini antara lain menghuraikan secara khusus dialek Melayu Kuching  menurut sistem-sistem fonemik dan turut membuat analisis pengkajian secara deskriptif. Selain itu, beliau turut menyentuh secara umum sejarah dan latar belakang penutur dialek ini secara terperinci dan menyeluruh.
          Kemudiannya, pengkaji turut meneliti hasil kajian yang dilakukan oleh James T. Collins (1987) yang dilihat lebih empirikal dan menyeluruh iaitu buku yang bertajuk Dialek Melayu Sarawak. Dapatan hasil kajian beliau dilihat lebih terarah kepada usaha mengumpul dan membahaskan data linguistik yang berasal dari sesuatu kawasan topografis.
          Menariknya, kawasan kajian ini tertumpu kepada lembangan  Sungai Sarawak sebagai perbandingan dan menghuraikan dialektologi di Sarawak berlandaskan empiris yang teguh.
          Seterusnya, daftar kata dialek Melayu Sarawak turut dihasilkan oleh Zainal Abidin Merjan (1992) menerusi buku Bahasa Malaysia – Dialek Melayu Sarawak hasil kerjasama Unit Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.
          Di sini bolehlah dikatakan bahawa daftar kata tersebut merupakan usaha awal ke arah penkajian bahasa-bahasa daerah /sukuan di     Sarawak dengan cara pengumpulan bahan kosa kata dan telah diterbitkan dalam dua edisi. Antara lain penerbitannya juga adalah proses pembinaan integrasi nasional, pembinaan dan pengembangan bahasa Malaysia (Melayu?) serta       sebagai rujukan ilmu kemanusiaan yang lain pada masa akan datang.
          Menurut Prof. Dato’ Asmah Haji Omar,
“…subdialek Kuching ini dianggap sebagai kawasan tumpuan bagi           subdialek-   subdialek Melayu Sarawak lainnya. Kuching bukan sahaja           merupakan pusat budaya Melayu bagi Sarawak memandangkan letak        geografinya di muara sungai dan mengadap kepada lalu lintas Laut China Selatan di sebelah utaranya, tetapi Kuching juga mmerupakan pusat pemerintahan dan pusat perniagaan.”
                                                                                                                                     (halaman 216)

          Kenyataan ini merupakan huraian beliau dalam bab 12 yang bertajuk, “Dialek Sarawak” dan termuat dalam buku, Susur Galur Bahasa Melayu edisi kedua terbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2008.    Sesuai dengan bidang kepakaran beliau, kupasan yang dilakukan turut menyentuh ciri dan sistem bunyi serta linguistik dialek Sarawak itu sendiri.
          Oleh demikian, kajian yang dilakukan kali ini merupakan satu penemuan dan skop kajian yang baru dan belum pernah diteroka oleh mana-mana pengkaji sebelum ini. Kajian ini juga menjurus kepada lirik lagu yang menggunakan dialek Kuching (Sarawak) tetapi bukanlah bermaksud untuk mengkaji fonologi mahupun dialektikal lirik tersebut.




6.0          Kaedah Kajian
6.1           Pemerhatian Ikut Serta

          Dalam menjalankan kajian berkaitan dengan lagu-lagu ini, pengkaji mengaplikasikan kaedah pemerhatian ikut serta sebagai kaedah utama. Hal ini disebabkan keupayaan untuk mendapatkan bahan-bahan kajian ini hanya tertumpu kepada bahan internet sahaja terutamanya enjin carian you tube yang membekalkan karya muzik berupa lagu-lagu pemuzik seluruh dunia secara universal.
          Kaedah ini diharapkan dapat memberi gambaran sebenar terhadap fenomena ini serta menganalisis secara lebih teliti lagu-lagu yang telah dihasilkan.
          Selain itu, pengkaji juga dapat menjalinkan perkaitan antara pengunjung laman sesawang tersebut secara lebih interaktif dengan adanya aplikasi komentar pada setiap lagu-lagu yang telah dimuat naik.
          Dalam membuat kaedah ini, pemerhatian turut dilakukan terhadap masyarakat Kuching sendiri yang menjadi khalayak kepada bahan yang dikaji. Pandangan, perasaan dan gambaran mereka terhadap fenomena ini turut diambil kira dan dimasukkan sebagai hasil kajian.

7.0           Analisis Kajian

          Jika di Semenanjung Malaysia, kita biasa mendengar lagu-lagu yang berunsurkan dialek setempat seperti lagu Blues Terengganu Kita dendangan kumpulan Iklim yang mengetengahkan dialek Melayu Terengganu manakala Dikir Rambong nyanyian kumpulan Kapilla pula dalam dialek Melayu Kelantan. Begitu juga dengan lagu Bisa Bonar yang popular dalam dialek Melayu Negeri Sembilan nyanyian Hattan.
Cuba perhatikan pula lirik lagu di bawah ini:     

Matahari

Mun ‘tak dgr,
Sik mungkin org lain senyum,
Nak dah betaun kosong,
Maseh kitak juak empun,
Kenak maseh sik pat ilang,
Kenak tetap kitak,
Kenak org lain dapat,
Kenak kamek sik pat melupak,

Jgn pikirlah,
Sik da kamek bermaksud apa,
Kita dah berpisah jaoh kamek tauk kitak bahagia
Kitak ‘happy’ kamek gembira jangan pernah bingong,
Ari ujan mun tak basah kamek nak jadi payung,

Mun dimakbulkan doa,
Sigek jak ‘mek mintak,
Sebelum nutup mata ‘mek arap dapat melok kitak,
Kali terakhir,
Penutup waktu mula,
Waktu pertama kali melok kitak kamek rasa bahagia,

          Mun ‘mek pergi jgn tak nangis sayang,

          Tak pun tauk nak cinta kamek utk kitak sorg,

          Aek mata ‘mek dah kerin waktu bepisah dolok,
          Sik pernah ‘mek sangka cerita cinta kita jadi camtok,

          (chorus)
Matahari,
Cepatnya ‘tak hilang,
Tinggal kamek sorg,
Dalam kegelapan,.

Matahari,.
Sikkan kamek lupak,..
Saat indah kita,selamanya,

Indah,
Sik nyesal kamek nyayang kitak,
Pernah pun ‘mek madah ‘mek lupak kitak, ya bulak,
Senyum ‘tak Matahari,
Cerah di tengah hari,
Siang bercahaya terang,
Malam sik pernah sunyi,
Lap aek mata ‘tak,
Walau nya dalam api,
Kamek dapat rasa bah,
Hujan sikkan berenti,
Gine pun ‘tak sayang nya,
Kamek lebih sayang kitak,
Gine pun mena nya sayang, nya tetap nombor duak,

Kitak tempat teratas dalam kaca mutiara,
Mungkin kitak sik cayak tapi kamek madah mena,
Susahnya ‘mek senyum dgn kitak nya ari-ari,
Senyum sambil gembira,
Senyum datang dari api,

Menalah cinta polah org berubah,
Demi kitak benda gila pun kamek sanggup polah,
Kitaklah inspirasi,
Walau dalam bayangan,
Walau sekadar memori nya kekal dalam ingatan,..

Ulang c/o


Tauk ‘mek,
Sik pernah arap benda nak sik kan jadi,
Tapi sik salah nak,
Mek luah isik ati,
Mun tak sik dgr pun,
Org lain dapat rasa,
Puisi, di dalam melodi, mengungkap kisah kita,
Bukan ‘mek balas dendam,
Tapi banyak dah kecewa,
Sik da niat ‘mek kejam,
Mek sik mintak jadi camya,
Ada cinta mek berik,
Coba sekuat ati,
Sik kan semua,
Sebab separuh dah kitak curi,
         
Tinggal ‘mek sorg,
Malam sik pernah siang,
Di dalam bilit gelap nak sik mungkin akan terang,
Kamek sik mok cahaya,
Selain Matahari,
Sejak kitak ilang idup mek sik pernah berseri,

Sik pernah mek mintak,
Kamek dapat lupak kitak,
Gine pun sakit rindu,
Kamek tanggung sorang ajak,
Tapi yang pasti,
Cinta ‘mek kekal sampey mati,
Kitak sinar hidup ‘mek,
Kitaklah MATAHARI
                                        (lagu/lirik: Know No)
         
          Seni muzik merupakan satu cara yang halus dan mudah untuk menyampaikan mesej mahupun pemikiran kritis terhadap sesuatu isu dengan ekpresi jiwa yang kreatif. Lebih-lebih lagi dalam era teknologi yang serba-serbi canggih ini. Lirik lagu di    bawah merupakan salah satu daripada  25 buah  lagu yang begitu menarik dan mempunyai lirik yang cukup puitis.
Senarai lengkap lagu-lagu yang telah dipilih untuk kajian ini adalah seperti berikut:

BIL.
TAJUK LAGU
PENYANYI
TAHUN
1.
Aku
Know No
2008
2.
Dayung
Know No
2008
3.
Kamek Sayang Gerek Kamek
Know No
2009
4.
Kuching Nospain
Know No
2008
5.
Lambung
Know No
2008
6.
Layakkah Aku
Know No
2009
7.
Makaseh
Know No
2009
8.
Matahari
Know No
2009
9.
Pelangi
Know No
2008
10.
Penjual Kueh
Know No
2008
11.
Ram Sigaram
Maleck
2008
12.
Sampey Bila-bila
Know No
2008
13.
Second Hand
Know No
2009
14.
Sepertinya Dirimu (Ibu)
Know No
2008
15.
Sik Ada Isik
Know No
2009
16.
Super Kenyalang
Know No
2008
17.
Teman
Know No
2010
18.
Teristimewa
Know No
2009
19.
I Want You (Kamek Mok Kitak)
Raja Mambang
2010
20.
Kitak Polah Kamek Bahagia
Raja Mambang
2010
21.
Pineapple City
Raja Mambang
2010
22.
Sukati Kupun
Raja Mambang
2009
23.
Tergamak (Buang Bayi)
Raja Mambang
2010
24.
Kisah Gelapku
Aizawa
2010
25.
Ingat Sik Kitak
Aizawa/Kunna
2010
         
          Kemunculan pemuzik indie yang menggunakan dialek Melayu Kuching (Sarawak) dalam irama rap dan pop merupakan satu fenomena budaya baharu yang tercetus dalam kalangan pemuzik tempatan khasnya masyarakat Sarawak. Berdasarkan jadual di atas, kemunculan lagu-lagu ini di laman sesawang you tube dapat dikesan sekitar tahun 2008 yang dipelopori oleh seorang anak muda yang berasal dari Kampung Semerah Padi, Petra Jaya, Kuching – dikenali sebagai Know No atau nama sebenar beliau, Khairul Nurfandy – seorang penuntut di UiTM Shah Alam.
          Kemudiannya, usaha tersebut mula menjadi ikutan kepada pemuzik-pemuzik lain seperti Raja Mambang dan kumpulan Rappers Sarawak yang lain dan masih berterusan hingga kini. Kebanyakkan lirik lagu yang dihasilkan lebih banyak menggunakan dialek Melayu Kuching selain bahasa Melayu standard dan sedikit bahasa Inggeris. Namun, disebabkan kajian ini dibuat untuk mengkaji penggunaan dialek Melayu Kuching (Sarawak), maka analisis akan lebih fokus kepada lagu-lagu yang menggunakan dialek tersebut.
          Berdasarkan pemerhatian yang lebih teliti, ke semua lagu-lagu ini mempunyai mesej-mesej yang tersendiri hasil kepekaan mereka (pemuzik) terhadap alam sekeliling, perasaan, pengalaman hidup alam remaja dan reaksi mereka terhadap isu-isu sosial yang membelenggu masyarakat. Namun, mereka memilih genre rap pop sebagai medium utama untuk mengetengahkan dialek Melayu Kuching (Sarawak) kepada khalayak.

7.1           Permasalahan Sosial Remaja

          Jelasnya, Know No dilihat lebih prolifik dalam berkarya apabila tampil dengan beberapa buah lagu yang berunsur kritikan terhadap permasalahan sosial remaja di Kuching (Sarawak). Antaranya seperti lagu Kuching Nospain (Lalok) yang memaparkan kegiatan anak-anak muda yang mula terjebak dengan pengaruh pil khayal .


          Kuching Nospain 

          kisah si lalok nospain..
          (ari-ari palak berayun)
          …….............................
          lalok..lalok lalok..
          nospain...nospain…nospain…nospain…
          ………………………….
          Masok kasut dah sik pat agik
          Jalan sebelah kasut sebelah nisik
          Tiba-tiba layan blues lalu cerita pasal ‘love-love’
          Ney ompuan maok, nya lalok
          Jalan ramie-ramei rama depan SP
          Tangga moto limpas, tangga macam pokok nanas
          ……………………………….
          Sik pesanku, ko iboh kaco orang
          Ngreco sama dirik, boh gago ngan hal orang
          …………………………………
          Bagi yang dah nikah ingat juak anak bini
          Lalok boleh tapi jangan nyakit dirik
          Kita ada akal sama-sama Tuhan berik.
                                        (Lagu/lirik: Know No)

                                       
          Begitu juga dengan lagu-lagu lain seperti Ram Sigaram yang dihasilkan bukan sekadar untuk hiburan semata-mata, tetapi turut secara sinikal menyindir kesukaan remaja sekarang menonton bahan lucah. Akan tetapi, lagu ini diolah melalui pengalaman beliau yang dilarang oleh bapa ketika kecil dan masih dibangku sekolah menengah. Hal ini dapat kita lihat melalui rangkap berikut:

          Ram Sigaram
          ………………………
          Teringat aku cerita-cerita waktu darjah duak
          Tol lekak cerita gabankah, aku pun sik tauk juak
          Olah Cina ia pelik, terus tanyak bapak,
          “apa polah sidak pak?”
          (hahaha) Tetak bapak ku tek,
          “Ko besar lak kumadah k.” minak pesannya,
          “Jangan ko madah kedak ia ngn kawan ko kat sekolah”
          Tok juak, “Dah ia bila ko nangga dak majalah”
          Nok nama kita manusia, nak dengar tok nang susah,
          Makin-makin sekolah menengah (iblisnya)
          (Koat juak cukup sekolah)
          …………………………………
                                                  (Lagu/lirik: Maleck)



          Dalam lagu ini, si bapa menjadi figura yang memberikan nasihat kepada anaknya supaya tidak menonton filem porno mahupun membaca majalah. Namun si bapa menggunakan helah apabila memberikan helah, “Ko besar lak kumadah k.” Seterusnya menegah anaknya bercerita tentang perkara itu bersama rakan-rakannya di sekolah.
          Keprihatinan remaja terhadap masalah pembuangan bayi turut dipamerkan melalui lagu pop rap berikutnya iaitu Tergamak karya Raja Mambang dari Sarikei. Walaupun penggunaan dialek Melayu Kuching hampir tiada, namun terdapat  beberapa perkataan dialek Kuching (Sarawak) yang digunakan:
         
Tergamak

          Tergamak kau tinggalkan aku kesepian
          kitaklah yang melahirkan
          Hanya mampu berserah              
          Dengan rintihan tangisan
          Mengapa kitak tak punya perasaan, kasih sayang
          Di manakah hati mulia…
                                        (Lagu/lirik: Raja Mambang)


7.2           Kisah Percintaan Remaja

          Zaman remaja yang penuh warna-warni tidak lari daripada pengalaman pahit manis percintaan. Daripada keseluruhan lagu-lagu yang dipilih, 9 buah daripadanya memaparkan suka-duka percintaan mereka yang beraneka. Apa yang unik, dalam dialek Melayu Kuching (Sarawak) istilah ‘kekasih’ biasanya disebut sebagai gerek.
          Lagu Matahari menceritakan tentang kesetiaan seorang jejaka yang begitu mencintai kekasihnya namun terpaksa menerima hakikat bahawa mereka berdua tiada jodoh untuk hidup bersama.

          Matahari

          ……………..
          Matahari…
          Cepatnya ‘tak hilang,
          Tinggal kamek sorg,
          Dalam kegelapan,.
          Matahari…
          Sikkan kamek lupak,..
          Saat indah kita, selamanya…
          ……………………
          Sik pernah mek mintak,
          Kamek dapat lupak kitak,
          Gine pun sakit rindu,
          Kamek tanggung sorang ajak,
          Tapi yang pasti,
          Cinta ‘mek kekal sampey mati,
          Kitak sinar hidup ‘mek,
          Kitaklah MATAHARI.
                              (Lagu/lirik: Know No)
         
            Begitu juga dengan lagu Kamek Sayang Gerek Kamek, Second Hand, Sampey Bila-bila, Pelangi dan Lambung yang turut mengutarakan persoalan kesetiaan dalam percintaan.

          Kamek Sayang Gerek Kamek

          …………………..
          Malam nuntum apek dengar sidak bukak cerita
          Kamek gerek dengan bidadari dari syurga
          Mintak-mintak cinta kita kekal selamanya         
          ………………………..       
          Boh kawen dolok dia gik masih nunggu,
          Boh kawen dolok dia gik nak merayu…
                                        (Lagu/lirik: Know No)

         
          Sampey Bila-bila

          ……………………..
          Tapi bunga indah salu menjadi rebutan kumbang
          hancur hati dengar Epi dah jadi milik orang
          tapi aku sik kesah aku tetap jua akan nunggu
          maybe satu ari hatinya terbukak untukku
          padanya, kamek akan nunggu sampey bila-bila…sayang…
          padanya kamek akan nunggu sampey bila-bila
          jawapannya…
                                        (Lagu/lirik: Know No)
         

          Second Hand

          ………………………………
          Kamek sikkan balit agik
          Walau kitak bunuh dirik
          Sik guna balit ngan orang kedak ya
          Rosak dikejut budaya
          Dolok kenak kenja gilak
          Gerek dengan orang baru nak…
          Barang second nang murah reganya
          Asal kitak pandey nawar…
                                        (Lagu/lirik: Know No)


          Lambung

          Lambung ku namamu di atas awan biru..
          Lambung ku namamu itu…
          Melambung tergantung isi hatimu
                                        (Lagu/lirik: Know No)



          Varisi tema dalam konteks percintaan remaja ini turut berlegar seputar percintaan anak-anak muda dan terkandung dalam beberapa buah lagu iaitu Kitak Polah Kamek Bahagia, I Want You (Kamek Mok Kitak) dan lagu Ingat Sik Kitak.

          Kitak Polah Kamek Bahagia

          ………………………………………..       
          Kenaklah kamek lambat nemu kitak dolok
          Kenaklah kitak muncul waktu kamek camtok
          Kamek sik duli, kamek sik kesah,
          Tetap juak ‘mek nak madah…
          Oh kitak, polah ‘mek bahagia
          Oh kitak, hidup ‘mek sempurna…
          Dengarlah apa kamek nak berkelaka
          Dengarlah janji manis kita selamanya… 
          ………………………………………
                                        (Lirik/lagu: Raja Mambang)



          I Want You (Kamek Mok Kitak)

          Kitak permata ati yang sik kan dapat mek lupak
          Kitak penawar hati yang mek lamak tuk berlarak
          Kitak bagai pelangi, kitak bagai rembulan
          Kitak bagaikan sinaran yang terangi hidup kamek
          Kamek sayang ngan kitak,
          Kamek rindu ngan kitak,
          Kamek maok hidup bersama dengan kitak…
          ……………………………………
                                        (Lagu/lirik: Raja Mambang)
         
          Lagu I Want You (Kamek Sayang Kitak) ini turut menggunakan campuran bahasa Inggeris akibat pengaruh lagu-lagu irama rap komersial luar dan dalam negara.
          Berbeza dengan sebuah lagi lagu karya Aizawa dan Kunna yang berjudul Ingat Sik Kitak dilihat lebih indah dan jelas sebutannya. Unsur-unsur puitis dalam liriknya  disampaikan sepenuhnya dalam dialek Melayu Kuching (Sarawak) yang mengisahkan kisah percintaan mereka yang bermula dengan perkenalan di alam maya.

          Ingat Sik Kitak

          Bila mek ingat kesah lamak kita bersama
          Sik ada benda buat kamek rasakan siksanya
          Kamek gembira saat kita senyum dan tertawa
          Ketawa indah saat kita sama kekal bahagia
          Ingat sik kitak, pertama kali kita bersua
          Semua tok tercipta kelaka dalam alam maya
          Kamek sik nangga tapi kitak ada
          Blur kamek waktu ia sik tauk kitak sapa
          Mek tanyak ngan kawan sapa Aizawa
          Nya madah sik tauk kelak-kelaklah tangga sama
          ………………………………….
                                        (Lagu/lirik: Aizawa & Kunna/Farteen)

7.3           Dilema Remaja

          Remaja merupakan fasa yang penuh onak dan cabaran yang harus ditempuh dengan tabah dan azam yang kuat. Namun, sebagai manusia biasa, adakalanya mereka menghadapi dilema yang kuat akibat tekanan dan pengaruh persekitaran seperti dalam beberapa buah lagu yang dikenalpasti seperti lagu Aku, Teman, Layakkah Aku, Sukati Kupun dan Kisah Gelapku.

          Aku

          Aku pendendam, aku pengingat jasa
          Walaupun diam bukan erti kusuka
          Apa dayaku, hidup umpama mati
          Susah sakit semua kumpul di dalam ati
          …………............
          Mun dah semua ngangkat bakul
          Aku ngangkat tangan dari rasa angol
          Mun aku ilang jangan eran
          Dari sik da kawan nektok ngankuk bestfriend
          Mana rasa dengki madah biak ya nang eksen
          ………………………………..
          Bangga aku pohon mula dah berbunga
          Dahannya sik tahan bunganya jak macam-macam warna
          (Mati kita) kuatkan dahan lok…
          siney datang buah mun kita sik nanam pokok
          dengar nasihat mun kita nak sihat,
          telan ubat pait, mun nak bait (‘tol)
          ……………………..
                                        (Lagu/lirik: Know No)

          Gelodak jiwa remaja yang sedang tercari-cari arah hidup menghadapi pelbagai rintangan yang sangat menguji kekuatan mental dan semangat. Menerusi lagu Aku dan Layakkah AKu,  Know No yang telah mencetuskan satu fenomena baru dalam mengangkat irama rap versi dialek Melayu Sarawak menghadapi pelbagai rintangan, kecaman dan cemuhan daripada banyak pihak termasuk teman-teman beliau sendiri.

          Layakkah Aku
          ………………………
          Dindingku retak, tapi ney cahaya…
          Matahari bersinar, di luar dalam aku kesejukkan
          kutanyak layakkah aku jadi kawan...
            Layakkah ku di sisinya… layakkah jadi sorang anak…
          Layakkah idup di dunia…
          …………………..
                                        (Lagu/lirik: Know No)
         
          Namun begitu, rakaman kehidupan anak remaja yang mementingkan keseronokan dan kegembiraan atau terjebak dengan hedonisme  semata-mata hingga sanggup menggadaikan masa depan mereka turut diungkapkan melalui lagu karya Raja Mambang:

          Sukati Kupun

          Sik boh nak eran…
          Mun palak ku dah nyaman…nang camtok
          Gaya orang bujang
          Sukati ku pun
          Kumulakan cerita dari ujung rambut sampey ujung kaki
          Kuluahkan semuanya dari ati ku sik duli
          Waima kupun mati…
          Kttp dgn jiwaku yang nak ala-ala sik pandey lali
          …………………………….
                                        (Lagu/lirik: Raja Mambang)

          Atas keprihatinan dan tanggungjawab yang tinggi, pemuzik (rap) di Sarawak juga sudi menjadikan kisah dan pengalaman silam sendiri dengan menghasilkan sebuah lagu yang bertajuk Kisah Gelapku. Dalam lagu ini, aktor yang terlibat akhirnya insaf dan sedar atas segala kesilapan yang dilakukan kerana terpengaruh perlakuan teman-teman serta menyeru para remaja yang lain agar berubah demi masa hadapan yang berjaya.      

          Kisah Gelapku

          ………………
          Tok kisahku, kisah suka senang perit hidupku…
          Dolok gelap, Alhamdulillah ok dah aku
          Setelah ditunjokkan-Nya jalanlurus untukku
          Dolok jalan belok-belok, kaki mala berpangkak
          Bila nagga muka org lalu nak ngaruk palak
          Molah agik muka blur bila kenak kerepak
          Kenak kerepak sik jerak juak
          ……………………..
          Aku tok nang jenis, sorang sik mok nok ngalah
          Ada jak nak dipolah orang aku mok polah
          Sampey semua benda jaik yang aku nok molah
          Bukan dapat apa kenak aku sik mike suma ya,
          Nektok ku dah tauk bukan untung molah kedak ya
          Sik da perubahan mun ku masih kedak ya,
          ……………………..
          Nektok ku dah mulakan hidup baruku
          Hidup bebas sik da benda ya dalam gik hidupku
          Harap-harap aku akan terus idup macam tok
          Senang juak nangga cermin
          Palak ku bersongkok
          Rasa yakin, rasa senang
          Okey dah aku nektok
          Sik perlu agik aku nak tundok palak bertapok2
          Sik da merah agik mata cuma wuduk di muka
          Senang ati mak bapak aku nangga aku kedak ya,
          Sik perlu nak ngrepak aku jak keja nya
          Tapi masih juak sikit salah silap aku ya
          Aku bukan sapa-sapa
          Aku hanya manusia, yang menumpang di dunia
          Aku harap kawan-kawanku akan bantu sama,
          Bantu aku dan teruskan hidup aku kedak tok.
          Walau susah, walau senang kita masih sama pok,
          (ilek pok)
          Ada salah harap maap pada ‘tak org semua
          Ku arap ‘tak org terimak aku apa adanya
          Sama kita sama doa untuk masa depan kita
          ……………………………
                                        (Lagu/lirik: Aizawa)

7.4           Tradisi, Budaya dan Jati Diri

          Dengan kesedaran bahawa tradisi dan kebudayaan itu penting dalam mengekalkan jati diri masyarakat Sarawak, Know No telah hadir dengan lagu Super Kenyalangnya sebagai pemangkin kepada usaha yang telah dilakukan oleh beliau dalam mengangkat bahasa ibunda (dialek Kuching Sarawak) dalam seni muzik kreatif seperti rap.


          Super Kenyalang

          (chorus)
          Aku bukan?
          (Superman, Spiderman Ultraman or Batman)
          Tapi aku hero irama rap Sarawak
          Tok aku madah siapa Super Kenyalang…
          …………………………………….
          Bomm…Aku terbang, lurus jak ke depan
          Sik noleh kerek kanan,
          Kak ya,  bomm...kenak langgar belon
          Belon ya aeroplane, bukannya gelembung
          Sik da hal sakit dikit, nang aku begaut tek,
          Senang makei darat bah, malas pake laut eh,
          Tugas ku nyarik rap rapper berbakat
          Siboh jauh gilak carik nak dekat
          …………………………..
          Bertingkat-tingkat semangat mula-mulanya
          Kenak tego sikit, pulang aku kenak ish nya
          Sik pa, asal semangat kuat ngangkat rap Sarawak,
          Jangan lidah bercabang macam lidah anak biawak,
          ………………………………
          (ulang chorus)
                                        (Lagu/lirik: Know No)

          Persoalan dan unsur tradisi ini turut dirakam melalui sebuah lagi lagu beliau yang berjudul Dayung. Lagu ini menggunakan unsur-unsur setempat seperti dayung, gunung Santubong, Sungai Rajang dan muara sebagai perlambangan yang puitis dalam membina jati diri anak Melayu Sarawak.

          Dayung

          Teruskan mendayung
          Moga-moga sampai ke hujung
          Dari Sungai Rajang kayuh lagi sampai Gunung Santubong
          Tak pernah kuhirau panas terik kilat menyabung
          Dari dulu lagi susah payah terus bersambung

          Inilah cerita yang kau dengar hingga ke hujung
          Datang tak bernajis bersih suci bak intan payung
          Kisah anak muda asal-usul di kaki Gunong
          Keahlian lagenda dan moden kini bergabung
          ………………………..
          Dayung…dayung…dayung…dayung..
          Terus dayung..dayung…dayung…dayung…
          ……………………
          Terus mendayung, hingga ke hujung…
          Terus mendayung, tiada penat dan lelahnya
          Terus mendayung hingga muara semoga suatu masa tercapailah cita-cita.
                                        (Lagu/lirik: Know No)

          Penerapan unsur simbolisme tempatan turut diaplikasikan dalam menonjolkan identiti setempat seperti lagu Pineapple City oleh Raja Mambang yang membangkitkan kesedaran kepada masyarakat untuk sentiasa bangga dan kepada bandar Sarikei yang terkenal dengan buah nenas sebagai identitinya.
         
          Pineapple City

          P.I.N.E.A.P.P.L.E.C.I.T.Y.
          P.I.N.E.A.P.P.L.E.C.I.T.Y.
          Pineapple city,
          Bandar nanas yang kita duduki
          Ada jak benda panas
          Semua nak dikongsi
          Ada cerita baru
          Ada cerita basik
          …………………………
          Siok ndak alah nak ditunjuk
          Sikda nya bertapok
          Tiap kali kuar umah benda ya semua
          Dah berjegar-jegar depan mata…
          Nunggu ‘tak orang jak gik nagga
          Nunggu ‘tak orang jak  gik rasa bangga
          S’kei taok sebenarnya dah sempurna
          Sempurna dengan segala harta benda
          Harta benda yang sentiasa kita dapat guna
          Pengidup masa depan,
          Anak-anak cicit kita
          P.I.N.E.A.P.P.L.E.C.I.T.Y.
          P.I.N.E.A.P.P.L.E.C.I.T.Y.
          ……………………………………..
                                        (Lagu/lirik: Raja Mambang)


Sementara lagu Penjual Kueh pula menerapkan unsur-unsur tradisi yang ketara iaitu melalui aktor dalam lagu ini yang menjual pelbagai jenis kuih tradisi seperti karipap, keria, celorot, pulut panggang dan cucur pisang. Know No dilihat cuba untuk menampilkan unsur ini dengan gaya yang begitu menarik sekali iaitu melalui penceritaan berdialog.

Penjual Kueh

Jual kueh, Karipap ada bang,
Jual kueh, keria ada bang,
Jual kueh, cucur pisang, cucur udang
Pulut panggang celorot, kaw kaw

Ada sorang kakak nunggah aku
Nak meli cucur pisang duit ngak seringgit
Aku berik duak puluh igek cucur pisang nya madah,
“Makaseh jang, kau sorang tinggal.
Anak bujang baik hati, aku ada sorang anak nama
Nurul Suriati binti Sazali, muka nang steady.
Mun maok coba datanglah ari-ari.”
Kakya isok ari, aku datang lagi,
Bak kandung duak bungkus cucur,
Engkah sambal dekak nak nyimbor,
Tiba-tiba kakak ia datang,
Mbak anak ompuannya dari belakang
Sekali ku nangga mukanya,
“Aduh, ancor-ancor”
………………………………..
                              (Lagu/lirik: Know No)

Makaseh pula merupakan sebuah lagu yang terkandung penghargaan yang Know No kepada masyarakat seluruh Sarawak yang menyokong dan menerima lagu-lagu yang telah dihasilkan oleh beliau. Namun, dalam lagu ini, beliau menegaskan bahawa lagu yang dihasilkan dalam dialek Melayu Kuching (Sarawak) harus tetap mengekalkan budaya dan tradisi masyarakat yang menjunjung maruah bangsa.

Makaseh

Makasehlah kitak semua
Kerana sudi dengar apa yang t’lah dilagu ku tek
Harapanku agar kitak semua teruskan sokongan
pada pejuang-pejuang, muzik Sarawak
………………………………….
Bergema lagu aku sekitar Bandar Kuching
Kudengar setiap kali handphonenya bordering
Sik pernah kusangka
Ada juak orang nak dengar
Member-member kecik besar termasok orang tua
…………………………………….
Syukurlah nektok orang ‘open minded’ sikit
Minda kita dah terbukak, bukan lagik sempit
Dapat terimak muzik dari segala jenis irama
Sekadar hiburan asalnya sik nyakit telinga
Bukan kedak sidak sinun, penoh dengan sumpah seranah
Orang kita penoh budaya dan bermaruah
………………………………….
Ku cuma Know No, sikok ikan dalam lautan,
Sik cukup nafas berenang sekadar di pinggiran
Terlalu jauh mun nak pergi ke laut seberang
                        Bagi aku udah cukuplah ‘k dengar tak orang
                        Ati tersentuh mun dengar lagu dimain orang    
                        …………………………………….
                                        (Lagu/lirik: Know No)

7.5           Kasih Ibu

                               Persoalan kasih sayang terhadap ibu yang merupakan insan yang paling hampir dalam hidup remaja turut diungkapkan dalam lagu-lagu yang dipilih oleh pengkaji. Masih lagi seputar karya Know No iaitu lagu Teristimewa dan Sepertinya Dirimu (Ibu).

          Teristimewa

          Masih ingat time ya gik kecik, mungkin 5
          karya pertama mek lukis untuk kitak mak
          dah besa mek jadi juruterbang pertama
          mbak duit dalam belon ambo di rumah kita
          along adik-adik pas ya kitak ngan bapak
          ‘mek parking belon cun-cun depan rumah kita jak
           senyum tak suci ikhlas waktu nangga lukisan ‘mek
          adik-beradik leput tetak ya kamek sik lalek
          berik dorongan sik penah polah ‘mek patah semangat
          heh, setiap kali ‘mek gugok kitak nolong ngangkat
           becerita setiap malam sampe mek dpt tdo
          isok bgn awal ktk mesan sik bagus ngando
          bangun aher jangan araplah rezeki nak datang
          cukup tido badan sehat ati pun senang
          terlalu besa jasa ‘tak besa gunong bukan bandingan
          kitak wanita terulong, sikkan ada tandingan..
          (chorus)
          Wanita yang istimewa… (mak, lagu tok ‘tok kitak!)
          Kasih sayang sik da tandingannya…
          Wanita yang istimewa… (mak, mek sayang kitak mak!)
          Kasih sayang sik da tandingannya…
          ………………………………………...
                                        (Lagu/lirik: Know No)

                           Lagu di atas menyelitkan pelbagai nasihat daripada si ibu yang akhirnya membentuk keperibadian si anak secara langsung sekaligus menggambarkan hubungan yang rapat dan mesra antara mereka. Ini menunjukkan unsur-unsur kekeluargaan masih rapat dan berakar tunjang dalam kalangan masyarakat Kuching Sarawak khasnya.

            Sepertinya Dirimu (Ibu)

           Seperti adanya, oh dirimu, menemanku waktu tidur
          seperti indah sang rembulan, cahyanya menyinar
          (miak kecik mpun sora)
          (chorus)
          Seperti adanya, oh dirimu, menemanku waktu tidur
          seperti indah sang rembulan, cahyanya menyinar

          Oh ibuku, masih ku ingat waktu kecil dahulu waktu peluh keringat
          membasahi tubuhmu kemana saja kau bawa aku
          dalam peluk dakapmu ceria selalu
         minum makanku muntah tangisku dan melatah dikau tak jemu
          ibuku ko penawar dukaku senang susah riang mendengar kau bercerita

          mungkin kerna itulah aku taksub dengan bahasa
          "mak kenapa dinosour tak wujud lagi"?

         "kenapa bintang di langit tak sebesar mentari "?
          engkau ibuku engkau juga ilmuku berbagai soalan diaju padamu

          tidak pernah kau jemu
          labah-labah hitam pergi panjat pokok jati, bila hujan dia lekas bersembunyi
          ibu kata kalau anak jati tak takut hujan jangan kau sembunyi jika datang rintangan.
          (ulang chorus)
       kini ku telah dewasa tidak lagi bermanja namun kisah silam kita masih segar minda
          aku menangis engkau di sisi waktu aku gembira kau tentu rasa bahagia
        ibu ingat tak waktu ikut ibu pergi pasar terpaksa naik bas kerana belum ada kereta
          panas terik dan membakar dan kau payungkan aku


          engkau bagaikan lilin terbakar suluhkan anakmu
          namun aku tak seperti anak yang lain
          tak perlukan robot boleh cakap untuk bermain
          diberi gasing ku pusing dari pagi hingga ke petang
          kalau dapat pistol aku senyum seorang
          mungkin sifat itu ku warisi dari dirimu
          sederhana dalam apa jua benda kau laku
          tepuk amai-amai sang belalang dan kupu-kupu
          aku ingin kau tahu dirimu ratu hidupku
          (ulang chorus)
          ibu oh ibu engkaulah ratu hatiku
          bila ku perlukan, kau senantiasa bersama
          ibu, oh ibu engkaulah ratu, engkaulah ratu hatiku
          (ulang chorus)
                                                              (Lagu/lirik: Know No)


7.6           Kritikan Politik
                              Aspek terakhir yang dianalis ialah berkenaan dengan kritikan anak muda Kuching Sarawak terhadap wajah politik dari kaca mata mereka. Dan lagu Sik Ada Isik lebih berunsur kritikan yang keras.

          Sik Ada Isik

          (chorus)       
          Hantu keritik, politik, sik sedar dirik,
          Janji ati puas,
          mala komen sik ada isik
          galik kubo dikpun boh dalam gilak
          takut tiba masanya mun sik dapat bukak
          ……………………………..
                                        (Lagu/lirik: Know No)


8.0                Rumusan
           Sebagai rangkuman, masyarakat Malaysia umumnya mendapati bahawa fenomena penerbitan lagu-lagu indie/underground  yang banyak dimuatkan di laman sesawang you tube dalam dialek Melayu  Kuching (Sarawak) merupakan satu trend baharu dan dicetuskan oleh generasi muda yang progresif terhadap persekitaran masyarakat.  

           Hasil tinjauan dan pemerhatian ringkas pengkaji dalam kalangan penduduk sekitar Petra Jaya (Kuching) khasnya, mendapati bahawa lagu-lagu berirama pop rap ini begitu digemari dan diterima sepenuhnya. Begitu juga dengan masyarakat di Semenanjung Malaysia yang turut meminati lagu-lagu generasi baharu ini walaupun tidak memahami sepenuhnya maksud dalam dialek Melayu Kuching.

            Kesimpulannya, semoga dengan adanya landasan baru ini, maka citra sosio-budaya masyarakat bumi Kenyalang akan dapat dirakam sekali gus bahasa atau dialek Melayu Kuching (Sarawak) akan mampu diketengahkan agar dapat mengeratkan lagi integrasi antara wilayah di negara kita. Dengan  memahami budaya dan warisan antara kelompok masyarakat, maka kesepaduan itu akan dapat dipupuk  dengan lebih mudah dan membina keharmonian sebuah negara bangsa yang lebih utuh.
9.
   
10.0       Bibliografi

Asmah Haji Omar, 2008, “Dialek Melayu Sarawak” dalam Susur Galur Bahasa                        Melayu (edisi no.2), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 2008, Susur Galur Bahasa Melayu (edisi no.2), Kuala Lumpur:                     Dewan Bahasa dan Pustaka.
James T. Collins, 1987, Dialek Melayu Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan                     Pustaka.
Madzhi Johari, 1988, Fonologi Dialek Melayu Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur:                     Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Abdul Kadir, 2008, Pengkaedahan Penyelidikan Pengajian Melayu (edisi no. 2),                     Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
Zainal Abidin Merjan, 1992, Daftar Kata Bahasa Malaysia – Dialek Melayu Sarawak,                     Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
























23.4.11

Kata 3

Dalam kita merangkak menuju ke puncak impian, ada nestapa yang menerjah,
ada resah yang berlingkar di dada usia, usaplah ia tanpa berluka kata; sesekali kita harus sepi - menuai makna insani.

kata 2

Aku bermimpi memanah bulan di jagat.

Untuk Nisah Haron



Dan usia itu adalah kurnia yg indah 
untuk kita mengerti tentang Rahim-Nya..
mengatur cinta hamba
yg suci dalam mencari sekeping makna;
derap usia mengekor dan menduga - 
moga rahmah itu kudus melimpahi bahteramu
yg suci meredah gelora insani.
- Duhai budiman, selamat hari lahir!

kata 1

Alangkah begitu hebat gelora yang menduga; hingga kuterdampar di pantai resah. Ya Tuhan, bimbinglah aku dalam pelayaran seorang kembara!

13.3.11

Surat Pembaca

Salam sejahtera.
Saya mendapat maklum balas daripada salah seorang pembaca yang begitu prihatin akan permasalahan yang sedang berlaku di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.  Semoga kita mendapat manfaat daripada pandangan beliau.



Mengambil perubatan di Malaysia misalnya di UM lebih sukar untuk mendapat tawaran berbanding universiti terkemuka di UK. Misalnya saaran utk buat medic sekurang-kurannya 3A 1B berbanding UM 4 Flat CGPA asasi/matrikulasi sebahagian daripada perubahan polisi pentadbir UM yg terlalu obses dengan rangking. Perubatan di UM saya akui kualitinya setanding dengan program yang ditawarkan di luar negara. Berdasarkan perbualan saya dengan anak anak Malaysia jrusan perubatan di Oxford, Cambridge dan Imperial College, pelajar Malaysia memilih institusi luar negara ada beberapa faktor. Pertama kebanyakkan mereka lulusan sekolah berasrama penuh (SBP) dan memang tidak mahu sambung belajar di Malaysia sebab faktor pengalaman global, pendedahan selain keputusan SPM mereka yang cemerlang justeru memang natijahnya yang masuk IPTA adalah calon yang tak kurang hebatnya tapi lazimnya dalam bidang perubatan ini kalau bukan Cina dan India, anak-anak Melayu yang tidak mendapat tempat melanjutkan pengajian ke luar negara sebab faktor A level dan kualiti bahasa Inggeris yang rendah. 
Kedua, yang tak dapat tawaran di UM atau USM dan diberi tawaran di IPTA lain tapi menolak sebab mereka memang nak UM kalau tak dapat mereka sambung di overseas bagi ibu bapa yg berduit sekalipun tak dapat di universiti yang terbaik di overseas yang kurang berkemampuan sikit akan pilih Indonesia dan jarang yang pilih Mesir melainkan kuota JPA/MARA ke UK/Australia telah penuh seperti dalam kes sepupu saya. Kualiti graduan perubatan luar negara yang rendah berbanding graduan perubatan negara memang wujud khususnya dan kebanyakkanya dalam faktor yang kedua sebagaimana yang saya sebutkan tadi. 
Terutama apabila mereka tidak mendapat tawaran melalui JPA dan atas pembiayaan ibu bapa yang kaya di universiti yang kurang kompetitif sedikit. Kualiti graduan perubatan luar negara yang tak berkualiti timbul atas sebab ini dan ini mengubah persepsi majikan memandangkan mereka tidak terikat kepada biassiwa JPA/MARA maka mereka memilih untuk membuka klnik atau menyertai rakan kongi perkhidmatan perubatan swasta di Malaysia. Jika dahulu majikan terima bulat-bulat tetapi pada hari ini merka akan lihat dari soal pengiktirafan universiti tersebut di UK dan oleh persatuan pengamal perubatan di Malaysia sendiri dari segi sistem pengajian universiti terbabit sama ada menyediakan mereka sebagai graduan perubatan yang terlatih atau tidak dan di sini timbul bahaya graduan perubatan yang kurang berkualiti tapi bermegah dengan sijil lulusan luar negara yang kurang berkualiti atau tidak diiktiraf langsung.Boleh semak di laman web JPA atau KPT bagi kursus yang ada diikuti oleh pelajar Malaysia di luar negara dan bidang apa yang diiktiraf dan mendapat akriditasi untuk berkhidmat balik di Malaysia. 
Harapan pelajar jurusan tempatan tidak dianak-tirikan juga tapi memang sukar saya akui sebab mentaliti orang awam Malaysia yang rendah literasinya tentang fenomena universiti luar negara akan tetap menyanjung tinggi graduan luar negara tetap terbaik.
Manakala dalam bidang bukan kritikal seperti sains sosial, kemanusiaan, bahasa dan sebagainya saya terpaksa akui yang majoriti graduan Malaysia di luar negara memang terbaik berbanding graduan tempatan termasuk graduan lepasan Sastera dan APM sendiri berdasarkan pengalaman saya mengikuti pengajian yang sama tapi di tiga universiti; UM, British Columbia di Canada dan Cambridge di UK. 
Saya juga membandingkan kualiti ijazah pertama saya dalam bidang sains sosial dan lingustik dari UM dengan sepupu saya yang mengambil sains politik dan pengajian Melayu di Leiden University di Belanda. Beliau dengan mudah mendapat kerja di Institut Penterjemahan Negara, DBP dan kemudiannya beralih ke bidang yang lebih professional seperti juru runding marketing dan konsultan hartanah yang lazimnya memerlukan kelulusan alam bina di Malaysia. 
Memandangkan beliau menuturkan 7 bahasa dunia termasuk bahasa Melayu, ada kepakaran dalam ICT, penguasaan falsafah dan sains politik yang tinggi tentang negara di alam Melayu selain hobi melukis plan dan peta beliau menghabiskan masa lapangnya mengaudit pelbagai kursus berkaitan perniagaan, ekonomi dan arkitek semasa membuat ijazah pertama menjadikan beliau mempunyai nilai tambah dan sudah pasti secara logiknya jika saya majikan akan mengutamakan beliau berbanding graduan yang lain sebab banyak kemahiran beliau yang boleh dieksploitasikan oleh syarikat selain kelulusan dalam linguistik dan politik alam Melayu beliau, mengambil kira faktor ekonomi yang kurang memberangsangkan, adalah menjimatkan kos pengurusan dan pembayaran gaji jika mengambil calon sebegini. 
Saya berpendapat, graduan Malaysia dalam bidang bukan kritikal juga boleh bersaing sekiranya mereka bijak dan mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran sebegini rupa sebelum mereka meyarung jubah konvo dan secara rasminya bergelar graduan lepasan universiti. Dalam dunia yang semakin kompleks dan ekonomi yang tidak menentu kemahiran graduan yang serba boleh inilah yang menajdi daya pemikat kepada bakal majikan selain ijazah yang mereka ambil. Dalam masa yang sama, saya akui sistem pengajian di UM dalam bidang sastera, sains sosial, pengajian Melayu dan Islam perlu dirombak dan saya melihat kebolehpasaran graduan keluaran fakulti ini semua pada tahun 70-an seperti Aziz Deraman, Abdullah Hassan, Ungku Aziz kerana sistem pengajian mereka sekalipun bukan bersifat komersial tetapi modus operandi pengajian yang mewajibkan mahasiswa pada ketika itu menimba pelbagai kursus selain bidang yang mereka minati, misalnya selain pengajian Melayu, ada juga yang membuat minor dalam bidang ekonomi, politik dan perbanding sastera pelbagai bahasa selain Melayu. 
Hari ini apabila ruang dan skop fakulti bertambah kecil dengan pecahan APM dan API dari fakulti, saya kira menjadikan peluang dan skop graduan untuk membuat minor dalam pelbagai bidang terhad. Lihat model Fakulti Sastera NUS mereka masih lagi mengekalkan tradisis UM yang lama bagi membolehkan graduan lepasan fakulti tersebut berkualiti dalam kebanyakkan bidang yang mereka ambil sekalipun bukan komersial sebab tiada garis pemisah yang jelas dari segi autonomi dan pentadbiran kursus yang ditawarkan antara sains sosial, sastera, pengajian bahasa dan sebagainya. Ini mungkin boleh dipelajari sebagai salah satu cara menangkis timbulnya persepsi biawak hidup kepada mana-mana fakulti sedia ada.
Yang sukar memang akan tetap menjadi standard sekiranya ia masih lagi tidak boleh dicapai sebagai satu cara untuk memotivasikan diri mencapai sasaran tadi. Kalau sudah tercapai tidaklah namanya sukar kerana sudah terbukti kebolehannya dan itu yang sedang kita lakukan. Adakah kesukaran menyahut 9 cabaran/standard untuk menjadi maju dalam Wawasan 2020, bermakna kita mustahil untuk menjadi maju menjelang tahun 2020? Kita tahu 9 cabaran itu sukar tapi kita masih lagi meletakkannya sebagai sasaran dan standard yang perlu kita penuhi dan ini dikaitkan dengan kualiti secara langsung. Sukar atau mudah, itu realatif, dinamik dan tidak statik. Sesuatu yang sukar bagi anak kecil boleh jadi mudah bagi orang dewasa. Sesuatu yang mudah bagi negara maju boleh jadi sukar bagi negara membangun akan tetapi menjadi mudah sekiranya negara membangun telah menjadi maju. Transformasi sukar kepada mudah adalah proses evolusi dan revolusi mendepani halangan kesukaran untuk mencapai standard yang telah kita sasarkan. Setelah tercapai, tiada yang lagi sukar jika kita mahu mengukur dan menilai berdasarkan standard tadi. Kesukaran bagi Sang Nila Utama untuk menubuhkan kerajaan alam Melayu yang stabil, selamat, kuat dan bebas dari pengaruh Srivijaya dan Majapahit jauh berbeza dengan kesukaran Sultan Melaka terakhir untuk mempertahankan kedaulatan empayar Melayu dari serangan Portugis pada abad ke-15. Namun begitu, kesukaran yang dilalui oleh Sang Nila Utama tidaklah menjadi sesuatu yang sukar bagi waris-waris Parameswara di Melaka memandangkan mereka bukan sahaja berjaya mencapai sasaran standard/kesukaran untuk menubuhkan kerajaan yang kuat, berdaulat dan bebas disebabkan adanya perlindungan diplomatik China dari serangan Siam dan saki baki kerajaan Melayu purba sebelum Islam dan Melaka pada ketika itu.
Namun saya juga kurang bersetuju (jika?) obses dengan sesuatu standard tanpa menilai secara kritikal kapasiti kita dalam tempoh yang kurang munasabah untuk menjadi maju atau diiktiraf sebagai berkualiti. Misalnya kerana obses dengan rangking universiti, kita meletakkan standard kita adalah universiti terbaik dunia jika berjaya mencapai sasaran menjelang 2015 kita adalah universiti 100 terbaik dunia. Melihat Cambrige yang berusia 800 tahun berbanding UM yang berusia 50, dimana kapasiti kita? Tetapi dalam masa yang sama melihat keupayaan NUS dan Korea Selatan yang dahulunya tiada nama dalam peta pengajian dunia terkemuka, bisa sahaja melakukan pintasan masa dalam tempoh tidak kurang daripada 30 tahun menjadi universiti berada di kedudukan 50 terbaik dunia. 
Tetapi adakah kita sudah bersedia seperti mereka yang membuang tenaga kerja tempatan, mengutamakan graduan asing yang berkualiti dan penyelidikan dalam bidang sains semata-mata untuk maju. Ini bermakna kita kena tutup fakuti yang tak membantu dan buang pensyarah tempatan atau pun melebihkan kuota pelajar antarabangsa berbanding tempatan, adakah kita sudah bersedia melakukan perkara di atas? Saya kira kita sedang melakukan perkara ini secara halus sebagaimana yang dilakukan oleh NUS di Singapura dan Korea Selana misalnya. Tapi adakah model pengurusan universiti sedemikian selari dengan hasrat dan niat pembangunan yang hendak kita capai? Semuanya akan berbalik kepada kesilapan polisi dan asas sistem yang kita gunakan pada hari ini sama ada di peringkat kerajaan, pentadbir universiti dan sebagainya. Hakikat ini mungkin sukar diterima oleh penjawat awam yang membuat keputusan berkaitan polisi universiti sebab bagi mereka politik dan birokrasi adalah segala- galanya khususnya dalam suasana pilihanraya yang semakin menjelang dan desakan masyarakat yang mahu melihat hasil pembangunan (secara) sekelip mata melalui janji janji pilihanraya.
Justeru dalam persekitaran yang kurang memberangsangkan, saya rasakan adalah lebih bermakna daripada terus merugut dan menyalahkan orang lain dengan mempertahan idealisme yang tidak membantu, kita merebut peluang yang ada dan berusaha sedaya yang mungkin kita, sebagai mahasiswa untuk maju dan mengelakkan dari terus menjadi mangsa sistem sedemikian rupa dengan cara bertanya secara jujur pada diri sendiri, apa kelemahan diri saya dan bagaimana dengan peluang yang terhad saya boleh memperbaiki diri sendiri daripada menunggu untuk disuap walhal kita tidak tahu bila kita akan disuap dan adakah ia menyelamatakan kita daripada terus diganasi oleh sistem sedia ada. 
Ini resepi yang saya gunakan untuk mengorak langkah ke hadapan dengan cuba bersikap konstruktif selain kritikal dan bukannya terperangkap dalam perhitungan untuk memilih sama ada pesimis atau optimis. 

8.3.11

Kecaman Abdullah Munsyi kepada Orang yang Menghina Bahasa Sendiri

Kecaman Abdullah Munsyi kepada Orang yang Menghina Bahasa Sendiri



“Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan hal orang Melayu ini belum sedar akan dirinya, dia tinggal dalam bodohnya itu oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya, maka mustahil pada akal adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai dengan sendirinya. Bukankah segala bangsa di dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya?” 

~Abdullah Munsyi, 1822~