3.5.11

BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT

Syukur. 
Dua kertas peperiksaan sudah dijawab dengan jayanya.
Kesibukan yang membelenggu tidak merencatkan penulis untuk merayau ke alam maya yang begitu luas dengan maklumat yang rencam; namun adakalanya agak rancu dengan hiruk piruk dunia.  Kerana begitu meminati politik (baharu saja selesai menjawab soalan Politik Melayu kelolaan Prof Datuk Dr Firdaus Abdullah) sempat juga muat turun BUKU JINGGA versi elektronik. 

Dari pemerhatian awal, tidak nampak apa kekurangan yang ada pada gagasan yang disasarkan oleh PAKATAN RAKYAT khususnya. Bahkan lebih 'merakyat' sifatnya berbanding dasar ekonomi pemerintah waktu ini.

Sejajar dengan saranan ahli ilmu politik dunia seperti Harold Lasswell bahawa beberapa nilai kehidupan yang dikejar oleh manusia ialah kekuasaan, pendidikan, kekayaan, kesihatan dan kesejahteraan, kemahiran, kasih sayang, kejujuran, penghormatan, keadilan dan nilai-nilai keagamaan. 

Justeru, pakatan rakyat memberikan satu pilihan yang merangkum dan menyeluruh dalam erti kata lain, satu mekanisme yang bakal merubah nasib masyarakat Malaysia khususnya golongan yang dinafikan hak mereka.



Sekadar contoh, Sarawak yang masih jauh ketinggalan baik sarana yang asas mahupun peningkatan taraf hidup yang seharusnya dinikmati secara lebih adil dan makmur. Bukannya hanya mengkayakan kroni dan ahli keluarga! Dan royalti minyak yang diperoleh bukan sekadar 5%, tapi harus lebih banyak daripada itu. Apa yang pemerintah boleh janjikan untuk mengembalikan hasil-mahsul bumi Kenyalang kepada rakyatnya? Berapa dasawarsa lagi anak pribumi harus tertindas demikian rupa?

Sebagai anak muda yang waras dan berilmu, seharusnya kita tidak lagi terbelenggu dalam kitaran suasana politik yang menyajikan kebobrokan spritual dan taraf kepimpinan yang jijik.

1 ulasan: