5.4.14

Ini kisah 2013

PRKUM

Juga PANGKAH ke-13 PRU

..................................................

Dalam kancah siasah kampus, hatta siasah perdana sekalipun; setiap kelompok menusukkan jarum ideologi masing-masing - takrifan kebenaran - membentuk 'intensity' yang pada akhirnya dijelmakan sebagai wadah juang. Bagaimana 'takrifan kebenaran' ini memanipulasikan kelompok sasar; mempengaruhi pemikiran bahkan tindak-aksi; seputar kepercayaan pemikiran yang terpaku dan berlegar di penjuru makna - kemudiannya mewujudkan 'pasungan minda'?

 

Sejauh mana kita sedar perkara ini sedang menerobos ranah siswa mutakhir seterusnya melahirkan figura-figura (pelampau?)? - bukan untuk satu-satu pihak, bahkan kedua-duanya!

 

Kita semua memiliki demikian sumber yang rencam: ilmu dan khalayak massa justeru melakukan penarafan terhadap pesaing siasah yang bukan 'sejaluran'. Makanya wujud pula label-label negatif sifatnya yang digunakan bagi tujuan menjatuhkan wibawa individu mahupun kelompok. Yang jelas, 'macaisme' bagaikan lelucon popular bagi dua ufuk pesaing yang berbeza. 

 

Kekurangan kita ketara; belum ada kesediaan unutk membina persetujuan mahupun kebersamaan yang muhibbah. Senantiasa menganggap bahawa diri (baca: kelompok) kita 'betul' setiap waktu dan gagal mengaku pada akhirnya bahawa sebetulnya diri kita adalah salah dalam menjejak kebenaran.

 

Lewat titik aksara ini, berapa banyak perkara yang kita terajui tentangan dan berapa kerat pula perkara yang telah kita lahirkan persetujuan? 

 

Demikian juga, sekiranyanya kelompok kita selamanya 'bersetuju' dan menjulang aspirasi demi aspirasi, apakah pula perkara yang kita tolak demi kebenaran dan keunggulan mahasiswa?

 

Siapapun kita, jalur mana sekalipun; mengakulah setulusnya bahawa minda yang terpasung tak mudah langgas-luhur kendatipun menggalas kebenaran atau sebaliknya. 

 

Kuning mahupun jingga, dacing mahupun bulan-roket-bintang - bukan sekadar warna atau citra; jika masing-masing melebarkan sayap pekerti di angkasa intelegensi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan