6.12.11

Nc O, Nc

Ingat lagi rasionalisasi subsidi, alah, lebih kurang macam kopi O kaw mamak,
bezanya sudah tambah Creamer sejat McD, free kalau tak Pandu Lalu.

Tataplah wajah mereka ini dengan tunak.
Mereka ini adalah generasi kedua terakhir untuk pelapis sarjana dan intelektual
dalam bidang sosio-budaya Melayu.
Ingin dikhabarkan ini adalah benteng terakhir untuk umat Melayu
terus gagah menghadapi rempuhan arus globalisasi.
Hampir pasti, jurusan bidang pengkhususan sebegini akan pupus.
Digabungkan dengan Jabatan Seni.
Ilmu yang ingin dicurahkan makin celaru dan rancu.
Ingat, apabila anak muda hampir tak mampu menguasai bidang ilmu. Akhirnya ke mana? Mau jadi apa?
Akhirnya, ilmu itu tidak lestari.
Namanya apa? Gila ada 99 jenis gila. Maka aku kata.
Baik, ini buktinya!





DI BALIK TITIK


"Biar aku sendiri memulakan. Dari titik pertama.
Tanpa tafsiran yang wajar, mungkin.
Aku cuba mengerti dengan demikian kekayaan alam. Pengalaman.
Bukan jua meluah cebis-cebis rasa yang rancu dengan rencam idealisme, kalau layak digelar sebegitu. Boleh jadi, tanggapan semata-mata?
Segalanya bagaikan bayang-bayang merempuh kota minda. Sewajarnya aku sedar dengan benar.
 
Kau tak mampu mentafsir sebaris kata pun, hatta hingga akhir titik aksara; atau setitik noktah. Titik."

Cuba kau cari aku, dalam limpahan wajah Kuala Lumpur
yang cahayanya antara segeluk air mawar dalam genggaman para wali.

 

7.11.11

SEPUTAR KATA DAN MAKNA II

Seputar kata dan makna yang demikian, kita mendewasa dalam sejuta wajah kenangan.
Untuk menjadi diri sendiri.

Crows Zero of 8th College (Kinabalu) Residental Awards Night
University of Malaya
1st Year Students 2010/2011

SEPUTAR KATA DAN MAKNA I

Dalam jutaan kenalan, seribu teman mahupun deretan rakan,
kita pilih sahabat menjadi pendamping yang setia;
mengharung dunia remaja, mengejar cita -
sekalipun kawan yang ada silih berganti;
seperti hari-hari semalam, merangkak
meniti usia dunia.

Jari dan Sahabat

"Lima jari, simbolik tingkat persahabatan: kenalan (kelingking), teman (manis), rakan (tengah), kawan (telunjuk), dan sahabat (ibu). Yang utama sahabat. Baginya abiliti segala hasrat. Jari yang sempurna itu istimewa, walau terluka; mampu sembuh jua - namun pabila sirna, mustahil didakap buat kali kedua."

Kawan lama - kenangan awal remaja begitu indah untuk dikenang. Reunion mini, kita sembang panjang tentang cinta monyet kita ketika masih anak-anak, Guru Besar silih berganti, UPSR dan pokok ketapang di bangunan asrama lama.
Begitu indah, zaman anak-anak tanpa secuit risau dunia!

 
Untuk Asrul, juga Ricerd; aku rindu mau bertemu macam selalu.



Zai - Maaf, tak sempat jumpa sebelum aku berangkat. Ingat, semangat jangan biar jadi pudar. Obor azam kena kuat.



 Dedeng Jul,Tambet - tunggu aku balik, tengok siapa lagi hebat jolok bola snooker!

Member Kolej, hari-hari jumpa jemu; sorang hilang, seri kurang.
Bila kita mau ber-graduasi ya?
Tunggulah, detik itu akan tiba.


Sayang - cintamu begitu indah untuk ditatang.
Biar aku jadi manusia dulu.
Yang pasti, dikau begitu istimewa di hatiku,
Kasihku padamu masih utuh dibalut cinta Adam pada Hawa.



 Afizal- aku juga suka green & orange sama macam ko sayang volley ball. Ingat janji kita, mau jadi manusia! (Kety,love you more, sis!)
As you said, "be a man dude. Reach your dreams."



- Ini hanya secebis cerita, dari sejuta rasa manusia.

 

23.9.11

HIDUP

Kerana demikian hidup begitu, kita tak perlu begini...

Tetap menjadi sendiri walau diuji bara api.

12.6.11

CATATAN HARI LAHIR, BUAT TEMAN

Sekadar gambar hiasan sahaja
"Aku ada setin gam kasut. Warna perak. Tapi hari ini aku nak buat lain sikit dari fungsinya. Aku mau bikin kolaj damai dan cantumkan sejahtera dalam warna hidup teman maya aku agar mendakap bahagia; dengan kebiruan iman dan syukur Ilahi. Untuk kau - meniti dewasa ibarat membina batu-bata ke langit senja dunia. Penuh caroba dan duga zaman edan. Mudah-mudahan jualah; ada sinar jaya."

Sebelum itu, perlu kaucantum semula kepingan remaja yang berderai luluh ; selepas hujan teduh. Biar seindah pelangi bertingkat tujuh. Dikenang seadanya.


- suatu cacatan pada hari lahir, buat semua teman; terima kasih!