12.6.11

CATATAN HARI LAHIR, BUAT TEMAN

Sekadar gambar hiasan sahaja
"Aku ada setin gam kasut. Warna perak. Tapi hari ini aku nak buat lain sikit dari fungsinya. Aku mau bikin kolaj damai dan cantumkan sejahtera dalam warna hidup teman maya aku agar mendakap bahagia; dengan kebiruan iman dan syukur Ilahi. Untuk kau - meniti dewasa ibarat membina batu-bata ke langit senja dunia. Penuh caroba dan duga zaman edan. Mudah-mudahan jualah; ada sinar jaya."

Sebelum itu, perlu kaucantum semula kepingan remaja yang berderai luluh ; selepas hujan teduh. Biar seindah pelangi bertingkat tujuh. Dikenang seadanya.


- suatu cacatan pada hari lahir, buat semua teman; terima kasih!