22.2.11

Utusan Malaysia Online - Forum

Utusan Malaysia Online - Fo


ARKIB : 22/02/2011
UM tak penting bahasa Melayu?
BAHASA Melayu merupakan bahasa ilmu yang sudah terbukti keunggulannya dalam menjulang peradaban bangsa Melayu itu sendiri. Namun demikian, masih ada pihak atau individu yang mempersoalkan kemampuan bahasa Melayu itu terus subur sebagai medium perantara ilmu ketamadunan Melayu di institusi pengajian tinggi?
Atau lebih tepat lagi, melahirkan hasrat untuk menghapuskan penggunaannya di sebuah gedung ilmu yang menjadi kiblat kepada negara-negara luar untuk mendalami bidang ilmu pengajian Melayu?

Seperti tulisan Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan bertajuk Bahasa, Budaya dan Sastera dalam 50 Tahun Pembangunan Malaysia: Satu Sorotan.

Tanpa disedari bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa antarabangsa di luar negara; seperti juga yang diketahui di beberapa negara seperti Thailand, China, Korea Selatan dan Singapura, juga terdapat di pelbagai pusat pengajian Melayu di seluruh dunia.

Adakah pelajar antarabangsa ini datang ke Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) semata-mata untuk mendalami bahasa Inggeris?
Dengan mengambil Singapura sebagai contoh mudah, penguasaan dan kemahiran bahasa Inggeris mereka jauh lebih baik berbanding kita. Dan ini ialah realiti.

Apabila individu peneraju seperti Naib Canselor Universiti Malaya menimbulkan isu ini, beliau seolah-olah memperlekehkan keupayaan bahasa Melayu untuk memperkasakan ilmu Pengajian Melayu di peringkat dunia. Walhal, pihak pengurusan APM sendiri sedang giat berusaha untuk memperluas usaha sama dalam bidang penyelidikan dan pendidikan berkaitan bidang ilmu Melayu di peringkat global.

Natijahnya, kita mendapat maklum balas yang amat positif hasil daripada penyelidikan salah seorang daripada pensyarah APM sendiri di Universiti Frankfurt, Jerman, misalnya.

Ini membuktikan bahawa APM bukanlah 'biawak hidup' atau beban kepada UM sekali gus menjadi batu penghalang untuk melonjakkan nama Universiti Malaya sebagai 100 universiti terbaik dunia hanya disebabkan penolakan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Nah, adakah hanya disebabkan permasalahan ranking dalam pasaran kerja yang dibuat dalam tempoh enam bulan selepas graduasi dijadikan sebagai ukuran?

Tanpa menolak keperluan bahasa Inggeris untuk menghadapi rempuhan globalisasi yang mendesak, sewajarnya Akademi Pengajian Melayu dilihat sebagai warisan keintelektualan bangsa Melayu yang lestari memartabatkan bahasa Melayu.

Apalah gunanya doktor lulusan luar negara yang fasih berbahasa asing, walhal tidak berupaya berkhidmat dengan baik disebabkan tidak menguasai bidang ilmu yang dipelajari dan hilang nilai kemurniaan budaya bangsanya sendiri?
Bak kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

YUSUFJALLI
Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

18.2.11

KARNIVAL SUKAN KINABALU 2011 : SEPAK TAKRAW (KEPUTUSAN RASMI)

KEPUTUSAN RASMI
SEPAK TAKRAW 
2011

Dari kiri Iqbal Idris, Che Wan dan Puven

JUARA: 1 TEAM



Dari kiri Ocie Syukri, Luqman Nasir, Yusuf Jalli dan Ahmad Ayin
NAIB JUARA: TEMBIKAI GORENG


Dari kiri, Khusyairi, Nor Azam dan Mahadzir

TEMPAT KE-TIGA: DAH BAYAR

Kami dari pihak penganjur merakamkan jutaan 
terima kasih atas segala komitmen 
dan kerjasama anda dalam menjayakan pertandingan ini sama ada secara langsung maupun tak langsung.
Sekalung ucapan tahniah juga diucapkan 
kepada mereka yang menang dan beraksi dengan cemerlang.

Pihak kami memohon maaf di atas segala 
kelemahan, kekurangan dan kesulitan yang timbul sepanjang program ini 
dijalankan. 

"1 Team, 1 Spirit, 1 Win"

Aksi Semalam

Kuih Tat F.C. - 15 minit sebelum beraksi.

Perlawanan tumpuan - Kuih Tat FC lwn Tembikai Goreng.
Pemain diseret ke set penentu.

Penyokong tegar pasukan 1 Win.

"Esok aku blanje korang makan. Loq, ko jangan bagitau Usop." Kata Ocie kepada Loqman.

Pengadil jemputan dari Old Trafford.
Encik Hamdi Ahmad.

Set terakhir, 13-7

Aku sorang-sorang.





16.2.11

Mulia

Menjadi mulia
aku perlu membasuh dosa
dengan kesucian
abadi 
dari sisa noda.

15.2.11

APM DAN BAHASA : MARI BOGELKAN SONGKET KEBAYA!

Sehari ini begitu perit untuk dilalui.


Masa seolah-olah mengejar rakus bayang-bayang manusia.


Perjumpaan yang diatur bersama dengan Naib Canselor Universiti Malaya (NC) hari ini menimbulkan beberapa isu yang cukup hangat.


Dari hal penggunaan Bahasa Inggeris yang dominan sepanjang acara tersebut berlangsung sehinggalah insiden salah seorang daripada mahasiswa yang dihina kerana kurang fasih berbahasa Inggeris.
Khabarnya mahasiswa itu berasal daripada negeri Pantai Timur.


Kemuncak penghinaan tersebut ialah sewaktu beliau menjelaskan kedudukan bekas pelajar dari Akademi Pengajian Melayu (APM) yang kurang mendapat peluang kerja di pasaran tempatan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian ekoran penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bidang Pergigian dijadikan sebagai perbandingan selain pelajar daripada Fakulti Sastera dan Bahasa. Natijahnya, beliau begitu malu dengan situasi ini.


Hal ini pastinya bertitik-tolak daripada interpretasi beliau terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


Padahal, realiti keadaan adalah sebaliknya.


Menurut sumber, beliau sudahpun mengemukakan usul untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di APM, akan tetapi mendapat tentangan yang hebat daripada para pensyarah yang berautoriti.


Ingatkah lagi dengan tragedi Keranda 152 yang diusung?






Atau kita mahu sejarah kembali terlakar untuk menentang Melayu yang seorang ini?


Rabu ini, kita sama-sama jadi saksi.
Maruah kita yang perlu dipelihara.




14 Februari, 2011.



12.2.11

KARNIVAL SUKAN KINABALU 2011 : SEPAK TAKRAW


KARNIVAL SUKAN KINABALU 2011


SEPAK TAKRAW
TARIKH: 18 FEBRUARI 2011
TEMPAT: GELANGGANG TAKRAW KK8
HARI: KHAMIS
MASA: 08:00 MALAM

KUMPULAN A

NAMA PASUKAN: DAH BAYAR
KETUA: AZAM
1.      MOHD NOR AZAM
2.      MOHD KHUSYAIRI
3.      MAHADZIR YUSOP
        
NAMA PASUKAN: KUIH TAT F.C.
KETUA: MAMAN
1.      SYAMMIL HAKIMI
2.      MUHAMMAD HAFIZI
3.      MAMAN
4.      AHMAD MUSTAFA
       
NAMA PASUKAN: TEMBIKAI GORENG
KETUA: LUQMAN
1.      MUHAMMAD SYUKRI B SIDIK
2.      LUQMAN NASIR
3.      YUSUF B JALLI
4.      AHMAD AYIN

PERINGKAT KUMPULAN A:

DAH BAYAR VS KUIH TAT F.C.

TEMBIKAI GORENG VS DAH BAYAR

KUIH TAT F.C. VS TEMBIKAI GORENG

KUMPULAN B

NAMA PASUKAN:  1 WIN
KETUA: IQBAL BUS
1.      PUVEN
2.      CHE WAN
3.      IQBAL IDRIS BUS

NAMA PASUKAN:  JIDIN
KETUA: SHAHIR
1.      MUHAMMAD SHAHIR
2.      HAFIZULLAH
3.      MOHD ZULRAMZIE
4. MOHD AZMAL

NAMA PASUKAN:  DATO’ MALAU
KETUA: SAFWAN
1.      Al-LATIF
2.      SAFWAN HAZIM AZIDIN
3.      MUHAMMAD RIDZWAN
4.      AHMAD MUHAIMIN

PERINGKAT KUMPULAN B:

1 WIN VS JIDIN

DATO’ MALAU VS 1 WIN

JIDIN VS DATO’ MALAU

CATATAN: JOHAN & NAIB JOHAN SETIAP                   KUMPULAN LAYAK KE SEPARUH AKHIR.

"1 TEAM, 1 SPIRIT, 1 WIN













9.2.11

makna


Politics 
legislate as to what we are to do 
and we are to refrain from doing...

 - Aristotle.

7.2.11

Lupa


Semalam kawan aku tegur, 

"Kalau pakai cincin, jangan letak pada jari hantu. Tak boleh."

Aku sedikit kritikal. Tak suka percaya dan terima bulat-bulat. 
Lalu dia tak boleh jawab.
Aku pun diam.

Selidik punya selidik, oh, baru aku ingat. 
Bila waktu mandi, aku selalu tukar cincin dari jari manis sebab jadi licin lepas kena sabun.
Cincin aku saiz 20, tapi jari aku 18. 

Sebab aku selalu lupa banyak benda. 

6.2.11

Menjejak Roslan Jomel

Begitu sukar rupanya menulis biodata beliau.

Tugasan Puan Nisah yang pada awalnya aku anggap mudah, menjadi begitu payah.
Setiap orang diberikan pilihan untuk menyediakan biodata dan riwayat hidup penulis-penulis yang dipilih secara rawak. 

Dan aku ada dwipilihan; antara Zaen Kasturi dan Roslan Jomel. 
Aku putuskan untuk memilih Roslan. 
Aku fikir aku perlu kenalkan pada khalayak; penulis Sarawak yang bernama Roslan Jomel.

Itu misi aku sekarang.

Oh, nombor telefonnya sudah aku dapat. 
Tapi aku malu untuk berjumpa kalau buku nota masih lagi kosong.

Untuk Roslan Jomel, aku temui Namaku Epal Kuning...